shaifuldinnordin
3 tahun
Positive Morphine bila buat urine test
Saya berumur 23 tahun. Tak pernah mengambil dadah. Lagi2 jenis morphines ni. Morphine pun saya tak tahu. Tapi bila buat urine test , line satu je dekat morphine. Kiranya positive morphine. Jadi adakah ia normal atau saya salah makan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, positif ujian air kencing tidak semestinya menjadi bukti seseorang itu penagih. Pengesahan penagihan perlu dilakukan melalui pemeriksaan klinikal oleh doktor. Hal ini kerana, penggunaan teknik dan cara melakukan ujian air kencing yang tidak betul juga boleh memberikan keputusan yang salah.
Gejala Penggunaan Heroin dan Morfin
- Tidak rasa sakit
- Keghairahan
- Rasa tenang
- Loya
- Muntah
- Mata berair
- Hidung berair
- Letih
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.