Sulit
5 tahun
Possibly Vaginitis?
Possibly Vaginitis? Sy mulai period pada 20.04.2020. Slps bebrp hari sy mendapati ada ruam d bhgian labia dan sedikit gatal. Dlm keadaan begitu, sy mencukur sedikit bulu berhampiran tmpt ruam tp ia menjadi semakin truk. Apa perlu sy lakukan utk meredakan kesakitan ini. Kini sy rs kencing x lawas pula sbb risau rs pedih ketika kencing
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasakan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta bintikan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV - ketuat
- Vaginosis bakteria
- Jerawat - akibat perubahan hormon
- Jangkitan kulit seperti sellulitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































