Sulit
4 tahun
Post Covid Selepas Kuarantin
Hai doctor.
Saya telah menjalani kuarantin di Maeps Serdang baru² ni. Dan saya telah disahkan tidak mengjangkiti orang lain, dan dibenarkan pulang. Soalan saya, selepas saya dibenarkan pulang, bila saya balik ke rumah, saya rasa saya cirit birit dan sakit kepala. Which is, saya mengalami simptom covid. Sedangkan semasa dalam proses kuarantin, saya tidak mempunya simptom, melainkan sakit dada. Boleh doktor beritahu saya, apakah yg perlu saya lakukan untuk menyesuaikan diri dengan post covid ini. Dan juga, adakah normal saya mengalami cirit birit selepas kuarantin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa kes yang dilaporkan bahawa pesakit COVID-19 tidak mengalami sebarang gejala semasa tempoh kuarantin, akan tetapi, mengalaminya setelah tamat kuarantin. Walaupun tempoh inkubasi virus tersebut adalah selama 10-14 hari, namun jika individu terlibat mengalami gejala setelah tempoh tersebut, langkah pencegahan tetap perlu diambil seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka. Tambahan lagi, kuarantin kendiri sekali lagi turut disyorkan. Sekiranya, gejala bertambah berat, sila dapatkan bantuan doktor di klinik/hospital yang berhampiran dengan segera.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ), untuk info lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapat penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































