
Anonymous
5 tahun
Post nasal drip. Asthma. Rawatan resdung
Saya menghidapi asthma, tetapi tidak lh teruk sangat. Saya juga mempunyai masalah post nasal drip yg membuatkan saya kurang selesa, sakit tekak akibat batuk dan sukar menelan air liur. Apakah rawatan resdung mampu menghilangkan gejala post nasal drip ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, post nasal drip boleh terjadu disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alergi
- jangkitqn virus
- jangkitan sinus
- iritan udara seperti habuk, debu
- proses normal akibat udara sejuk atau pedas
Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari tahu penyebab pasti masalah anda dan agar dapat didiagnosis and diberikan rawatan yang benar dan sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.