
iyayaaa
6 tahun
Postinor 2 adakah ianya selamat?
saya wanita berusia 25 tahun dan belum berkahwin. selama ni kitaran haid saya memang tidak teratur. baru baru ini saya sering mengadakan hubungan seks yang tiada perlindungan apa apa tapi selepas melakukan itu, saya terus makan postinor 2. saya hendak bertanya, boleh ke saya mengambil postinor 2 tiap kali selepas saya mengadakan hubungan seks untuk mengelakkan kehamilan? saya baru lepas makan postinor 2 pada 20/4/19 dan saya telah datang bulan pada 3/5/2019. hari ini saya mahu ambil postinor 2 kembali, adakah ianya selamat? dan boleh cegah kehamilan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil Postinor 2, ia akan menggangu kitaran haid Puan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih