
Sulit
4 tahun
Postinor 2 kesan pada perido
Saya 32 thun,saya period pada 28/10 dan bersama pada 1/11 dan telah mengambil postinor pada 2/11 tapi harini saya bleeding balik, adakah pendarahan hari ini period atau kesan postinor tu doctors?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, keadaan ini memerlukan pemeriksaaan selanjutnya oleh doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik!
Postinor-2 merupakan pil kontraseptif kecemasan yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi mencegah kehamilan. Sekiranya postinor diambil secara kerap, anda mungkin boleh mengalami gelaja-gejala yang disebabkan oleh pil tersebut :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Untuk menjawab persoalan anda, pendarahan yang anda alami adalah disebabkan oleh Postinor-2. Pada kertas yang disertakan di bersama pil tersebut, ia menerangkan bahawa Postinor-2 boleh mengubah kitaran haid anda. Anda mungkin mengalami haid awal atau lewat dari biasa dan darah haid anda mungkin keluar dengan sikit ataupun banyak.
Sekiranya perdarahan dan gejala lain berterusan atau rutin harian anda terganggu, kami sarankan anda supaya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan keadaan anda, anda boleh menghubungi doktor kami di (DoctorOnCall).