
Sulit
4 tahun
Postinor 2 perlu ambil lagi atau tidak?
Saya telah melakukan hubungan intim dgn suami pada hari pertama…keesokan harinya saya telah mengambil postinor 2 dua biji sekali gus…selang 3 hari kemudian kami telah melakukan hubungan intim…adakah effect postinor yang saya ambil selepas hubungan intim pertama masih berkesan atau saya perlu ambil postinor 2 sekali lagi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Ia hanya berkesan dalam tempoh 72 jam. Maka, hubungan intim yang anda jalankan bersama suami selang 3 hari kemudian tidak lagi berkesan. Untuk kebaikan anda, jika anda ingin merancang keluarga, ubat ini tidak sesuai untuk digunakan setiap kali berhubungan. Terdapat beberapa alternatif jangka masa panajang yang anda boleh ambil seperti:
- pil perancang
- kondom
- suntikan setiap 3 bulan
- implanon
- alat pencegah kehamilan rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih