
nuradilah5553
5 tahun
Postinor dan pil perancang
Sy makan pil yasmin . Setiap kali lakukan hubungan kelamin , kami akan lakukan double protection iaitu pakai kondom . Semalam, kami lakukan tanpa kondom dan suami pancut dalam . Pil sy makan dan takpernah lupa . Sy bimbang termengandung walaupun telah makan pil . Soalan sy, adakah perlu sy mengambil postinor dan jikaa sy ambil postinor … Adakah dia akan mengganggu kitar pil perancang yg sy sedang makan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, langkah yang telah anda berdua ambil adalah sangat tinggi peratusan bagi mencegah kehamilan. Walaupun terlupa untuk memakai kondom, asalkan terus memakan pil perancang, peluang untuk hamil kurang dari 8 peratus.
Jika anda terlupa menggunakan kondom dan terlupa memakan pil perancang, anda boleh mengambil pil kecemasan namun hanya dalam tempoh 72 jam setelah hubungan kelamin.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.