
faiz2036
3 tahun
Postive Covid - egene 33.94 , rdrp 35.93, n gene 34.12
Dgn value PCR test di atas, apakah status nya? adakah High Risk Or Low risk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran adalah bacaan positif.
Bacaan kitaran tidak melebihi 40 maksudnya jumlah virus dalam badan adalah tinggi, serta berisiko tinggi jangkiti orang lain, dengan atau tanpa gejala. Sila mengikuti SOP dan menjalani kuarantin mengikuti arahan yang diberikan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini