
Sulit
4 tahun
Postpartum insomnia. Sukar untuk tidur waktu malam walaupun tidak tidur Siang
Salam sejahtera.
Saya seorang ibu muda yg mempunyai seorg anak berusia hampir 4 Bulan. Belakangan ini sy sukar untuk tidur. Malah Ada juga sehingga tidak tidur seharian. Anak tidak meragam waktu malam. Mata mengantuk tapi otak tak boleh switch off. Mohon bantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kaunseling dari pihak berkenaan
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.