
Sulit
3 tahun
Potensi hamil melalui seks ringan
saya perempuan berumur 20an. saya haid pada 1 nov dan berjumpa teman lelaki pada 2 nov di mana kami telah melakukan seks ringan. Teman lelaki saya telah memasukkan jarinya ke dalam vagina saya dan kami tidak pasti sama ada di jarinya terselit precuum ataupun tidak. jika jarinya ada terselit precum, adakah saya berpotensi untuk hamil? dan dengan seks ringan ini, adakah saya masih perawan? cycle saya selalunya 29 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, syarat untuk hamil adalah berlaku persenyawaan antara sperma dari lelaki dan ovum dari wanita. Antara tanda-tanda pasti dari kehamilan adalah:
- Tidak datang haid untuk beberapa ketika
- Alami morning sickness
- Perdarahan spotting
- Payudara terasa kencang
- Terdapat denyut jantung kanin
- Terasa pergerakan janin
Jikan anda mengalami tanda-tanda di atas, ia bermakna bahawa anda sedang hamil. Namun, jika anda tidak mengalami gejala tersebut, bermakna anda tidak hamil.
Untuk pengetahuan anda, perawan adalah kata yang memiliki banyak definisi, tergantung kepada pola pikir dan sudut pandang individu masing-masing. Ada yang menganggap perawan adalah wanita yang belum pernah berhubungan seksual (masih gadis), ada pula yang menganggap perawan dengan keutuhan selaput dara.Selaput dara adalah organ tipis yang terletak di bagian dalam vagina. Pada dasarnya, selaput dara sudah memiliki lubang dan memang tidak tertutup rapat. Apabila ada benda yang masuk ke dalam vagina, maka lubang tersebut akan koyak menjadi lebih besar, bahkan bisa mengeluarkan darah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan