
farhana.nyucak
6 tahun
Potensi hamil walaupun period tidak teratur
Saya wanita 25 thun, bru 6 bukan berkahwin . Sebulan tidak didatangi period, adakah ade potensi hamil jika spotting tu melebihi 7 hri ? Dan sy ingin thu mcm mana nk bgi period teratur,

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh anda.
Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para golongan wanita. Mereka mula berasa resah apabila haid tidak datang sebulan. Darah haid yang sedikit dan tidak lancar boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti berikut:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Penggunaan alat perancang kehamilan
- Tekanan emosi
- Gangguan pemakanan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.