Anonymous
4 tahun
Potensi mengandung selepas habis haid
Saya wanita 30an. Haid saya habis pada hari ke-4.keesokan harinya,saya bersama dengan pasangan saya pada masa itu.cycle 28-32…unprotected sex. Adakah potensi saya akan mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke 12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haid. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur.
Untuk menjawab soalan anda tentang boleh tidak anda hamil setelah anda bersama dengan pasangan, kemungkinan besar anda hamil kerana seks tanpa perlindungan.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.