
Sulit
5 tahun
Pre-Ejakulasi (Air Mazi) pada pakaian dalam wanita
Dr, saya ada melakukan hubungan seksual bersama seseorang. Saya tidak memasukkan zakar saya ke dalam farajnya tetapi hanya mengenakannya pada pakaian dalam wanita saya sahaja. Saya bimbang akan jika ada pre ejakulasi pada pakaian dalam tersebut. Akan tetapi teman wanita saya telah pun datang haid seminggu selepas itu. Hari pertama darah seperti biasa, kedua dan ketiga heavy flow dan hari berikutnya darah sudah berhenti. Hanya ada darah kering yg sedikit berwarna coklat gelap sahaja. Adakah masih ada peluang untuk kehamilan berlaku? Saya amat bimbang Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, teman wanita anda tidak hamil sekiranya haidnya sudah datang. Anda digalakkan untuk menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan STD dan kehamilan yang tidak dirancang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.