
Sulit
4 tahun
Pregnancy and buat s&c selepas tahu molar
hai salam sejahtera doktor. saya haritu disahkan molar pada 31/8/2020 then 15/10/2020 saya disahkan hamil semula. time tu takut semua ada. sebab first bacaan beta hcg 1000 then turun 400 lebih baru detect pregnant balik. sebelum saya dan doctor scan saya ade buat pap smear and baru scan dari bawah. pastu baru tahu pregnant sebab ade nampak bulat dan upt positif. sepanjang kehamilan kedua yg sama saya juga turut keluar ketulan dan spotting. 12/11/2020 saya cuci buat s&c sebab disahkan molar jugak. normal ke lepas s&c tu darah tak penuh pad. and keesokkan nya darah just spotting setitik je and terus takde. sebelum saya bole discharge keluar doc ade scan untuk pastikan ade molar lagi atau tak. then time scan kat lapisan rahim saya tengok dekat scan ade macam bulat tapi doc takde cakap dgn saya pape. just dia terangkan pasal lapisan tu and saya agk kurang faham then dia bg appointment suruh scan bawah lagi and akan buat kemo. saya tak sure tu apa. saya takut sangat sekarang ni. time cuci pun doc pakar kata yg keluarnya kecik je.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan kecil atau spotting adalah normal selepas prosedur D&C.
Disebabkan saya tidak dapat melihat keputusan scan, saya tidak dapat memberi kesimpulan dalam keadaan anda. Kemungkinan doktor akan membuat ujian darah selepas ini selama 6 bulan hingga setahun untuk memastikan tiada baki tisu molar dalam rahim.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang masalah anda, saya nasihatkan anda untuk hubungi atau bincang kembali dengan doktor anda kerana dia lebih mengetahui keadaan anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.