Sulit
2 tahun
Pregnancy - pil yasmin
Hi, boleh saya tahu tentang pil yasmin? Here my question
- if tak sexually active boleh ke amik pil yasmin untuk mengelakkan pregnancy?
- After ambil 1 papan boleh stop dalam jangka masa berbulan dan start makan balik when buat sex?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dan seterusnya melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan tentang masalah anda. Anda perlu makan ubat tersebut mengikut nasihat serta arahan daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai efek dan kesan sampingan yang tersendiri.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.