
Sulit
3 tahun
Pregnancy test @ abortion
Salam sejahtera, saya mengalami keguguran pada 10.4.2021. Pada 7.5.2021, saya membuat pregnancy test dan ianya positive dan saya tidak period dari bulan 3 sehingga kini. Adakah saya masih mengandung?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, situasi yang anda alami mengenai ujian kehamilan melalui air kencing anda (UPT) serta kedatangan haid yang berwarna coklat tersebut mungkin menandakan bahawa anda telah mengalami keguguran.
Ujian UPT ini berfungsi untuk mengesan jumlah hormon HCG iaitu sejenis hormon yang dirembeskan khususnya ketika kehamilan yang dikeluarkan melalui air kencing. Ujian UPT yang anda lakukan selepas itu menunjukkan keputusan positif palsu, bermaksud hormon HCG tersebut masih terkandung dalam darah dan air kencing tetapi kehamilan tidak berlaku. Hormon HCG ini akan kekal di mengalir dalam darah lebih kurang selama 1-2 bulan selepas keguguran dan ia akan memberikan keputusan UPT yang kurang tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami harap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.