
Sulit
4 tahun
Pregnancy test - Anemia
Assalammualaikum doktor , sy nk tnya sedikit mengenai isteri saya . pada awalnya isteri saya mengandung tp kandungan dalam tu tidak bernyawa lg dan kami gugurkan sbb tidak ready lagi utk ada anak masa 29/8 lepas . jadi persoalannya saya di sini , selepas kejadian itu kami tidak melalukan hubungan intim sehingga kini . akan tetapi 3 hari lepas isteri saya period dlm 2 hari … dalam malam keesokkan nya isteri saya mula muntah2 mcm mengandung dulu . dan bila test pregnancy test smlm , utp menujukkan double line . So, saya pelik how come my wife boleh pregnant lg tnpa mlakukan hubungan intim dan saya lupa nk beritahu yang isteri saya ada penyakit anemia … mohon doktor beri penjelasan apa patut lakukan dan mengapa ianya terjadi? terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan. Terlebih dahulu saya turut bersimpati atas kehilangan kandungan isteri anda sebelum ini.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk makluman anda, ujian air kencing atau UTP menggunakan kit dirumah berfungsi untuk mengesan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) yang dihasilkan oleh wanita semasa mengandung. Namun begitu, kadangkala terdapat beberapa kondisi yang menyebabkan ujian ini positif tetapi isteri anda tidak hamil. Antaranya :
Keguguran yang baru berlaku : ketika mengandung, hormon hCG meningkat secara mendadak, setelah berlaku keguguran, hormon ini akan mula menurun secara perlahan dan mengambil masa sehingga 6-7 minggu. Sekiranya anda melakukan ujian kehamilan air kencing pada waktu ini, anda berkemungkinan akan dapati ujian tersebut positif.
Kandungan luar rahim
Penggunaan kit dengan cara yang salah
Kesan ubat kesuburan yang mempunyai hormon hCG
Untuk memastikan kondisi sebenar isteri anda, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor bagi mengesahkan kehamilan berlaku atau tidak melalui ujian darah dan ultrasound. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.