
Sulit
4 tahun
Pregnancy test perlukah dibuat selepas beberapa hari melakukan seks?
Saya telah melakukan seks bersama teman lelaki saya beberapa hari…tetapi teman lelaki saya tidak memasukkan alat sulitnya ke dalam faraj saya…cuma terkena di bahagian luar faraj…saya ingin membuat pregnancy test dgn seawalnya kerana saya merasakan sakit perut…wajarkah saya membuat pregnancy test dgn seawalnya kerana bimbang hamil…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah dua minggu lewat haid daripada tarikh sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.