
Sulit
5 tahun
Pregnancy test positif tetapi kini sedang haid
13hb yg lalu sy check kehamilan. ade 2 jalur walau xbrapa terang. pada hari sabtu yg lalu, sy ade mengalami pendarahan berwarna coklat. namun hny pd siang dan ptg. 2 mlm iaitu kelmarin dan semlm, pad bersih tanpa darah.
pada pagi ini, saya mengalami pendarahan. saya jadi musykil. adakah ianya darah haid atau saya mengalami keguguran (sy sndiri tidak pasti jika sy mengandung).
untuk rekod, hari pertama haid terakhir sy adalah pd 16/7/2019 yg lalu. sy blh dihubungi mellaui wasap 011-11006686 utk maklum balas segera.
terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan haid - Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Keguguran
Bacaan keputusan ujian kehamilan boleh menjadi samar-samar kerana:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.