
Sulit
3 tahun
Pregnancy test positive dan negative selepas 3 hari
Saya wanita berusia 24 tahun, sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Saya mempunyai kitaran haid yg teratur. Bulan ni haid saya datang lewat dan saya mengalami gejala seperti loya dan suka tidur. Saya ada membuat ujian kehamilan, hasilnya terdapat double lain tetapi, satu line sangat pudar. Selepas 3 hari saya cuba ujian kehamilan tetapi hasilnya negatif. selepas 2 hari, saya datang haid, period pain dan rasa berdenyut di bahagian sebelah kiri rahim. Saya ingin bertanya doktor, Adakah kemungkinan saya keguguran atau mempunyai penyakit lain di bahagian rahim kerana hasil test yg pertama ada double line??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Mengikut keterangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda mengalami keguguran kerana keputusan ujian kehamilan pada kali pertama menunjukkan positif dan selepas 3 hari, ia menunjukkan negatif. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai masalah anda tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum. Terdapat 3 kemungkinan untuk masalah anda, iaitu :
Keputusan UPT anda pada kali pertama menunjukkan keputusan yang tidak tepat ataupun ‘false-positive’. Ini boleh berlaku kerana masalah kesihatan seperti penyakit kencing kotor, sista ovari, dan masalah buah pinggang ataupun kesan sampingan sesetengah ubat.
Keputusan UPT pertama anda mungkin tepat dan anda mengalami tanda-tanda keguguran. Namun kemungkinan untuk ini berlaku adalah kecil kerana walaupun anda mengalami keguguran, tahap hCG dalam badan anda masih boleh dikesan melalui ujian UPT.
Keputusan UPT untuk kali kedua adalah tidak tepat disebabkan oleh kadar hormon hcg yang rendah sehingga tidak dapat dikesan melalui ujian UPT.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui secara tepat mengenai punca masalah anda. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan