
Sulit
5 tahun
Pregnancy test samar samar
Tadi saya ada buat urine test around 5.45 pm mcm tuu. Keputusan nyee naik samar samar double line. Malam ni saya cek lagi sekali selepas makan dalam jam 11 macam tu. Keputusannya makin samar dari petang tadi. Apa pendapat doktor? saya lewat period 2 hari. Ada kaitan tak HCG saya makin cair bila malam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, UPT negatif ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sila klik pada link ini untuk mengetahui bagaimana menggunakan UPT dengan betul.
(Ujian kehamilan)
Tanya Doktor Soalan Tentang Kesihatan - DoctorOnCall
Anda disarankan untuk menjalankan ujian ini pada waktu pagi, seminggu atau 2 minggu selepas lewat datang haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.