
Sulit
4 tahun
Pregnancy test yang telah digunakan
Hai doc, saya ingin bertanya , bolehkah saya menggunakan semula pregnancy test yang telah digunakan selepas keputusannya invalid? Ataupon kene beli yang lain?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Kit ujian kehamilan yang telah digunakan tidak boleh sama sekali digunakan lagi, hal ini kerana: ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kelamin dan kit ujian hanya boleh berfungsi satu kali sahaja setelah digunakan.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.