
Sulit
5 tahun
Pregnancy week positif result
Saya seorang wanita berumur lewat 34 tahun…lmp saya sepatutnya 18 ogos…tapi 18 sept saya miss period…test upt line samar2 week positif…banyak kali test result still sama sampai la pada 27 sept datang period…tapi warna macam darah ikan…ada sedikit cramp on my left side tummy…hampir 4 ke 5 hari turun darah sedikit demi sedikit…bila test upt line dh -ve…macam mana ye doctor…adakah saya still mengandung ataw pun keguguran…tapi dalam tempoh 4 ke 5 hari drah tak macam darah period biasa…tak banyak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, memandangkan anda telah berulang kali melakukan ujian kehamilan dan kurang pasti dengan keputusannya, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini ke klinik dan mendapatkan pemeriksaan dan ujian di sana bagi memastikan status kehamilan anda.
Klik pada link ini (Ujian kehamilan) bagi mendapatkan maklumat tentang penggunaan ujian kehamilan yang betul.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.