
fizah004
5 tahun
Pregnant 10w + scan no heartbeat
Saya Fiza, hampir setiap hari sy mengalami bleeding tp tak banyak, then sy refer for scan and result janin no heartbeat and janin tidak membesar 8w+, sy dah refer hospital gov and result sama. Hospital bg appointment date utk second scan hampir sebulan. Dan soalan saya, tak ada effect apa2 ke dengan saya dan janin. thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seharusnya, pada kehamilan yang normal di minggu pertama sehingga kelapan, hal berikut seharusnya telah terjadi:
- Placenta mula terbentuk. (Plasenta ini yang dikenali sebagai kantung)
- Otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
- Tisu-tisu yang akan membentuk jantung mulai berdenyut. Justeru, denyutan jantung boleh dikesan dengan ultrasound pada seawal 6 minggu kehamilan.
- Mulai tumbuh benjolan yang akan membentuk anggota tangan dan kaki.
- Mata, telinga, dan hidung mula berkembang. Kelopak mata terbentuk, tetapi tetap tertutup.
- Alat kelamin mulai berkembang.
- Menjelang akhir minggu kelapan, semua organ dan sistem badan utama telah mula berkembang.
Justeru, apabila dari scan mendapatkan jantung tidak berdenyut, hal ini bermakna bahawa terdapat masalah pada pembentukan tisu yang membentuk jantung. Justeru, biasanya pihak hospital menjarakkan temujanji seterusnya selama beberapa minggu dengan tujuan agar dapat mendeteksi pertumbuhan dan perkembangan janin untuk sekiranya perkembangan janin anda lambat daripada normal (lebih 6 minggu).
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.