
Sulit
4 tahun
Pregnant 28 weeks check movement of baby
Saya 28 minggu mengandung, is it normal kalau pergerakan tu rasa gitu gitu je? Masa 27 minggu mcm rasa kuat jugak tendangan. Tetapi tiba2 28 minggu ni kurang. Dh pergi hopsital, doktor ckp sbb ada tuang lagi dlm perut so maybe baby tendang tu rasa. And doktor just scan biasa sbb katanya ctg boleh guna 30 weeks ke atas. Betul ke? Meed clarofocstion sbb mcm rasa pelik sebelum ni rasa aktof tendangan baby, tbe2 rasa gitu gitu je. Tp doktor check scan biasa, baby okay denyutan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, mengikut garis panduan RCOG, CTG boleh digunakan dari 28 minggu dan seterusnya untuk melihat denyutan jantung janin dan apabila ibu melaporkan pergerakan atau tendangan bayi berkurangan dari biasa.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk memantau pergerakan janin anda dan berjumpa dengan doktor semula kerana hal ini perlu diberi perhatian.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Demam
- Sakit perut
- Pendarahan dari faraj
- Air ketuban bocor
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mengetahui punca-punca lain dan penjelasan mengenai persoalan anda dengan lebih lanjut daripada doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.