
Sulit
5 tahun
Pregnant atau tak atau ketumbuhan
Saya wanita berusia 24 tahun dan dah ada anak sorang dah setahun lebih, bersalin czer… Period sy tiap2 bulan tak pernah tak datang, ok je datang… Tapi, sy sedar ada pergerakan dalam perut sy, sy tak buat ujian kehamilan, tapi kawan cakap mungkin ketumbuhan cyst atau fibroid… Apa simptom ketumbuhan tu dan bolehkah sy pregnant kalau period tiap2 bulan datang…? Terima kasih jawab soalan sy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, semasa anda hamil, tahap hormon anda akan berubah dan anda tidak akan datang haid setiap bulan. Pendarahan semasa kehamilan ini menunjunkkan punca yang lebih serius seperti keguguran. Fibroid ini akan menyebabkan pendarahan yang berpanjangan atau berlebihan setiap bulan, ianya juga akan menyebabkan haid anda tidak teratur.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.