
Sulit
3 tahun
Pregnant boleh naik flight?
Hai doc… saya ingin kepastian… ketika pregnant bolehkah naik flight? sekarang kandungan saya nak masuk 4 bulan. saya akan naik flight lagi 2 hari…
terimakasih doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan kandungan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh menaiki kapal terbang dengan kandungan yang berusia hampir 4 bulan. Untuk pengetahuan anda, ibu mengandung boleh dan selamat untuk menaiki kapal terbang sehingga usia kandungan mencecah 36 minggu. Namun, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi syakrikat penerbangan berkenaan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.