
Anonymous
5 tahun
Pregnant tapi tak dapat pengiraan janin
Saya antara salah seorang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur . Bermula umur saya 12 tahun first time dalam hidup saya 2 bulan tak datang haid so , masalah tu berlarutan sehingga sekarang umur saya menjangkai 23 tahun dan sudah bersuami pada tahun 2015 … Sekarang usia perkhawinan saya sudah sekitar 4 tahun ! Ceritanya yang membuatkan saya runsing hari first saya datang haid 29/2 2019 then masuk bulan 3 , 4 , 5 haid saya tak datang … But pertengah ramadhan saya dah rasa something happen dekat kawasan perut then syawal pertama perut saya ada rasa krem2 , 17/6/2019 saya di sahkan pregnant dah bukak buku pink … Pada 19/6/2019 saya ada appoiment doktor untk scan perut sekali ambk darah dan minum air gula … Tapi kantung saya tak muncul i mean perut kosong takde nampak apa-apa tapi akan repeat scan pada 10/7/2019 … So , masalah macam saya nk di kategorikan macam mana ? Or maybe kulit perut saya tebal? Berat saya 92kg …

5 tahun
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur,antaranya ialah:
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
Antara beberapa sebab yang boleh menyebabkan janin sukar untuk dikenal pasti dengan skan adalah:
- Blighted ovum:persenyawaan antara ovum dan sperma telah berlaku tetapi embryo yang terbentuk gagal berkembang menjadi janin.
- Di awal kehamilan adalah sukar untuk menentukan sama ada kehamilan tersebut Berjaya ataupun tidak.
Anda amat disarankan untuk merujuk hal ini dengan pakar obstetrik supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan .Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.