
Sulit
3 tahun
Pregnant test bertukar menjadi negative
Saya wanita berusia 27 tahun,saya telah lewat hadir period sebulan,saya buat pregnant test dan result 2 line (kabur).setelah seminggu saya mengulangi ujian dan result still sama (2 line kabur),selepas 2 hari saya mengalami sakit bwah perut sebelah kanan yang kuat.nak jalan pun sakit,selepas sehari menahan sakit,keluar darah macam period berketul.selepas 5 hari saya ulangi ujian result negative.Adakah ujian permulaan & second adalah salah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman puan, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu.Terdapat pelbagai produk UPT dalam pasaran dengan sensitiviti yang berbeza, oleh sebab itu, saya tidak dapat memberi jawapan tepat untuk keputusan ujian kedua-dua kali sebelum ini.Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Dalam penerangan puan,puan mengalami kesakitan bawah perut secara tiba-tiba dan didapati pendarahan ketulan untuk hari kemudian.Terdapat beberapa kategori sebab untuk simtom-simtom ini sebagai rujukan puan.
Masalah obstetrik
Kehamilan ektopik/Keguguran
Masalah kesihatan puan
Sista ovari pecah /Endometriosis/Fibroid
Masalah bukan obstetrik
Penyakit radang pelvis/Diverticulitis/Hernia/Jangkitan saluran kencing
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.