
razzierra
6 tahun
Pregnant test tak boleh baca
Saua ade tanda2 pregnant,tp negative pada pregnant test,2 org doc klinik swasta yang berbeza,beranggapan yg saya pregnant,da guna pelbagai jenis kaset test…

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat dua kemungkinan terhadap simptom yang anda alami. Pertama adalah anda hamil tetapi tidak dikesan oleh ujian kehamilan yang anda lakukan atas faktor-faktor tertentu, kedua adalah simptom-simptom yang anda alami adalah disebabkan oleh masalah lain.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ujian kehamilan negatif walaupun anda mengandung. Antara sebab-sebab tersebut adalah:
- Kehamilan dalam fasa awal. Pada ketika ini paras hormon adalah masih rendah dan tidak dapat dikesan oleh alat ujian kehamilan.
- Teknik yang anda gunakan ketika menggunakan alat ujian kehamilan tidak tepat atau salah
- Alat ujian kehamilan yang digunakan rosak atau telah terlalu lama
- Anda mengalami kehamilan ektopik iaitu kehamilan di luar rahim
- Anda mengalami kehamilan kembar. Ini menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Sekiranya anda tidak mengandung, simptom-simtom yang anda alami mungkin adalah berpunca daripada masalah kesihatan lain sama ada dari payudara anda, masalah pada rahim atau ovari dan lain-lain. Oleh itu anda haruslah merujuk kepada doktor untuk mengesahkan keadaan anda. Anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lebih mendalam serta pemeriksaan dapat dijalankan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.