
Sulit
3 tahun
Pregnant test tak sama
Haii doctor. Baru2 ni saya ada buat pregnancy test dan result positif tapi samar2 lagi. Kemudian saya buat lagi 2 kali pregnant test menggunakan jenama lain dan hasilnya negatif. Adakah pregnant test yg awal tadi rosak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya cara penggunaan ujian upt kurang tepat, hasil atau keputusannya mungkin akan mununjukkan positif palsu.
Keputusan ujian upt perlu dibaca dalam 5 minit dan tidak melebihi untuk hasil yang tepat; sebab positif palsu mungkin akan terjadi sekiranya anda membiarkan upt tersebut melebihi 5 minit. UPT berfungsi dengan mengesan kepekatan hormon HCG dalam kencing dan kehamilan akan meningkatkan kepekatan hormon ini.
Oleh itu, sekiranya anda dapat keputusan 2 garisan untuk ujian UPT dalam 5 minit, walaupun samar, kemungkinan hamil adalah tinggi. Anda perlu pergi ke klinik kesihatan untuk kenal pastikan status kehamilan anda serta buka buku hamilan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).