
Sulit
3 tahun
PREGNANT TEST ( upt 2 line )
Hi… sya berumo 26 thun da berkwin hmpir 3 thun … belom pernah ada zuriat…masih usaha…sye ade pergi ke klinik untuk check rahim… doctor kata rahim sya ok…dan tiada masalah… mungkin punca sbb sye x pregnant lgi kerana berat badan sye .jdi doctor ade bgi sye ubat untuk cut selera makan dan ubat untuk matang kan telur… setelah mkn dalam seminggu… sye ade keluar coklat2 pekat sepanjng 13 hari… sehingga sye confuse sma ade period atau pon bukan… Then skrng da stop… jdi sye buat upt…pade hari pertama ade 1 line je yg timbul … Selang 3 hari sye buat upt lagi . Tp sye x perasaan tercampur air paip… jdi nye upt tu berubah 2 line . Yg jelas😅… jdi nye mcm mne ye… tu error ke…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, campuran air paip akan terjejas kepekatan hormon HCG dalam kencing dan menyebabkan keputusan upt tersebut kurang tepat. Sekiranya terjadi, sila ulang semula ujian UPT anda untuk mengelakkan keputusan positif palsu.
Selain itu, keputusan ujian upt perlu dibaca dalam 5 minit dan tidak melebihi untuk keputusan yang tepat; sebab positif palsu mungkin akan terjadi sekiranya anda membiarkan upt tersebut melebihi 5 minit. UPT berfungsi dengan mengesan kepekatan hormon HCG dalam kencing dan kehamilan akan meningkatkan kepekatan hormon ini.
Oleh itu, sekiranya anda dapat keputusan 2 garisan untuk ujian UPT dalam 5 minit, walaupun samar, kemungkinan hamil adalah tinggi. Anda perlu pergi ke klinik kesihatan untuk kenal pastikan kehamilan anda serta buka buku.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).