Sulit
3 tahun
Premenstrual simptom
Saya age 42. Ada pcos. Lewat haid 1 minggu. Sudah seminggu saya demam, sakit badan, sejuk gigil, sakit pinggang, sakit breast. Sy tau itu biasa utk premenstrual. Tetapi simptom tu menjadi seakan teruk Dr bulan ke bulan. Boleh saya tau kenapa agaknya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kesakitan sewaktu datang haid adalah normal bagi kebanyakan wanita. Namun begitu, kira-kira 10% wanita mengalami kesakitan yang teruk.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Masalah sakit ketika datang haid ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:
Primary Dysmenorrhoea- Kesakitan yang merupakan kesan dari proses fisiologi normal oleh prostaglandin dan berlaku dalam setiap wanita . Antaranya:
- Rahim yang terbalik (Retroverted uterus)
- Menstruasi yang lebih panjang, pendarahan yang terlalu banyak atau kitaran haid tidak teratur
- Kurang bersenam
- Merokok
- Berat badan berlebihan
- Banyak mengambil minuman keras
- Tekanan emosi
- Mula mendapat haid sebelum berumur 12 tahun
- Ada sejarah keluarga terdekat yang mengalami dismenorea
Secondary Dysmenorrhoea - Sakit yang berlaku disebabkan abnormaliti pada organ peranakan wanita itu sendiri. Antaranya:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik atau hospital terlbeih dahulu. Anda mungkin akan dirujuk kepada doktor pakar sakit buat sekiranya perlu.
Anda juga boleh membuat temu janji dengan doktor pakar sakit puan di hospital swasta pilihan anda secara atas talian melalui link ini.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.