
Anonymous
5 tahun
Priod tidak teratur darah haid berwarna hitam tidak seperti hari biasa masa datangnye haid.. Darah yang keluar berselang seli.. Kadang ada kadang tiada
Saya berusia 19 tahu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah haid lama
- darah haid yang turun lambat
- keguguran
Kebiasaannya darah hitam ini adalah kondisi normal yang terjadi sekiranya darah haid mengalir dengan kadar yang perlahan. Sekiranya terjadi gejala tambahan seperti darah bertambah banyak, demam, sakit, ataupun haid melebihi 8 hari, adalah dianjurkan untuk mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.