Sulit
5 tahun
Procedur & Guidelines for Staff Who Want to Travel to Infected Country
Hi, sy fiza (HR Exec) dari syarikat swasta ingin bertanya tentang bagaimana prosedur dan guideline untuk staff yang nak pergi ke luar negara? dan cara bagaimana untuk menangani gejala wabak ini dari terus berterusan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi Fiza. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Wabak coronavirus ini sudah mula merebak ke negara lain namun anda masih boleh untuk berkunjung ke negara lain dan setiap negara juga ada kawalan kesihatan masing-masing. Sebagai langkah keselamatan berikut merupakan langkah pencegahan ketika berkunjung ke luar negara, berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai COVID-19 ini, sila klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini ([COVID-19 Portal (https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus))
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































