
Sulit
4 tahun
Prolonged positive LH test
Saya wanita berusia 29 tahun. baru berkahwin 2 bulan. saya baru mula belajar utk track ovulation day saya menggunakan LH test kits bermula pada CD22. sehingga CD28 test kits masih menunjukkan dark double line. average menstrual cycle saya ialah 37 hari. UPT menunjukkan negative. adakah ianya normal? perlukah saya mendapatkan nasihat doktor di klinik?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenal pasti kehamilan. Terdapat juga cara lain yang lebih tepat seperti ujian darah dan ultrasound.
UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung. Dan sebaliknya, walaupun telah berlaku keguguran namun ketika saat dilakukan ujian, sisa hormon hCG dalam tubuh masih tinggi, anda masih boleh mendapatkan hasil ujian positif
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.