
m.nabilrahim
5 tahun
Prosedur ujian saringan balik dari USA
Saya dan group company saya akan pulang dari USA pada jumaat ini. Apakah prosedur yang perlu kami lakukan untuk menjalani ujian saringan sejurus balik ke Malaysia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Setelah anda sampai ke Malaysia, anda disarankan untuk membuat kuarantin kendiri di rumah untuk tempoh 14 hari. Sekiranya, sepanjang tempoh tersebut anda mengalami gejala seperti yang berikut:
Sakit tekak
Batuk
Selsema
Demam
Sesak nafas
Sakit badan
Sila pergi ke hospital seperti yang disenaraikan di sini (Designated Hospital for COVID-19) bagi mendapatkan pemeriksaan yang sepatutnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tiggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini