nuradibahaz
3 tahun
Prosedur untuk P3 covid19
Rakan kerja saya disahkan sebagai P2 disebabkan rakan serumah +ve covid19 selepas sampai ke luar negara baru2 ini daripada Malaysia. P2 baru sahaja buat test dan sekarang sedang tunggu keputusan ujian. Sebagai close contact (P3), bila saya perlu buat swab test? Selepas P2 disahkan positive atau P3 perlu terus buat ujian sekali dengan P2? Sekarang saya sedang kuarantin dirumah
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan penerangan diatas, saya dapati anda merupakan kontak rapat bagi individu yang positif untuk COVID-19.
Oleh hal yang demikian, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Memandangkan anda merupakan kontak rapat bagi kes positif COVID, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini dengan kadar segera. (Designated Hospital for COVID-19). Pastikan anda menggunakan topeng muka ketika keluar dari rumah dan mengamalkan etika batuk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga anda sentiasa sihat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini