
Sulit
4 tahun
Prosedur utk org yg dikenalpasti sebagai PUI Covid19
Saya demam dari malam rabu(23/9) sampai ahad(27/9), saya mendapat info pada jumaat bahawasanya pada 19/9 ade suspek +ve covid datang ke AEON Nilai. Suspek dikatakan dari Sabah melawat anaknya di kolej tunku kursiah. Kebetulan pada 19/9, saya dan isteri pergi ke AEON, dan makan sushi dikawasan yg telah dikenalpasti suspek kunjungi. So apa yg harus saya buat? Saya sejak rabu da quarantin sendiri kecuali jumaat kerana merasakan sudah sihat sedikit, saya kembali kerja part time di Felda LBJ, ketika itu baru saya mengetahui info tentang suspek, kemudian saya mengkuarantinkan diri kembali…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah. Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini