Sulit
4 tahun
Proses penanggalan gelang pink utk PUI Covid 19
Kami sekeluarga baru mnjalani ujian swab test pada 22/5 krn kontak rapat dgn pesakit covid pada 12/5. Anak saya positif covid 19. Umur 2 tahun dan masih mnyusu badan. Saya negative. Bagaimana proses pengesahan utk menanggalkan gelang pink. Kami diminta utk kuarantine shgga 31/5. Adakah akn dilakukan swab test kali kedua sblum gelang ditanggalkan? Mohon pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 di negara kita masih belum berakhir, justeru, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, secara umum, setelah tempoh kuarantin, anda perlu hadir ke klinik kesihatan untuk penilaian akhir dan pelepasan daripada kuarantin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ), untuk info lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapat penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































