
Sulit
5 tahun
Psoriasis dan psoriasis arthritis
Saya lelaki berumur 51 tahun. Saya mempunyai masalah di atas dan mengambil methotrexate.Mulanya saya memakan tablet tetapi kurang efektif lalu bertukar kepada suntikan. Keadaan kulit menjadi baik. Tetapi setelah beberapa ujian hati terdapat keputusan kurang baik. Dosage saya makin dikurangkan dan pakar sebagai langkah berhati hati mahu saya mengambil ujian hepatitis B. Saya pernah di beri arcoxia, prednisolone dan declofenac untuk PA sampai masuk hospital kerana pendarahan dalam perut . Saya berniat berhenti mengambil methotrexate . Apa pendapat dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Methotrexate biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Arthritis
- Kanser
- Crohn’s
- Leukemia
- Limfoma
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Cirit birit
- Masalah hati
- Masalah buah pinggang
- Rambut gugur
Sebaiknya anda berbincang dengan doktor tentang masalah hati anda supaya dapat ditentukan ubat pengganti Methotrexate yang terbaik dan sesuai dengan keadaan anda. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih