
yatcumilyat
5 tahun
Psoriasis di bahagian belakang telinga dan bahagian rambut depan
Hi doc, saya ada masalah psoriasis iaitu dia belakang telinga dan di bahagian depan kepala.cuma kawasan infection tu belum besar, masih sikit2 lagi. Saya ada terbaca tentang cloderm. Boleh doc advice tentang product ini? Dan untuk saya sesuai syampoo atau cloderm applications atau cream. Tqvm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, psoriasis adalah merupakan penyakit autoimun, bukan jangkitan. Justeru. silakan untuk menemui doktor agar anda mendapatkan diagnosis yang benar.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.