
Sulit
4 tahun
Psoriasis di kawasan kaki sahaja
Hye, sya bru berusia 19tahun, sya perasan di kawasan kaki sya sperti ada simptom psoriasis. Ia bermula sejak thun lps dan kini sdh hmpir sthun rsenya. Sya mmg ada eczema, alahan pada sabun sjak brusia 12 thun. Shingga skrg tpi msih terkawal cuma tiada cap jari. Sya ingin tahu, adakah patut untk sya mengambil supplement vitamin a atau e bgi mncegah psoriasis ini krna sya ada trbca ini dpt mmbntu gejala ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat sebelum anda memulakan rawatan.
Psoriasis sering berlaku di kawasan seperti di:
Siku dan lutut anda
Kulit kepala
Muka
Tangan dan kaki
Kuku
Kemaluan
Pada lipatan kulit, seperti punggung, ketiak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas mendapatkan diagnosis yang tepat anda boleh menerima rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.