
Sulit
5 tahun
Psoriasis kah? Ubat / cara untuk pulihkan sekaligus cantikkan balik kulit
Sy ada masalah kulit ni sejak kecil. (Sekolah rendah) mase tu doctor prescribed dermovate. Dah umur 31 baru tau yg dermovate menghitamakn kulit. So kulit saya tuu akan berkeruping n ada masa gatal yg sangat. Ada masa tk gatal. Buku lali, lutut, jari, belakang kaki.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, salah satu kesan sampingan Dermovate ini adalah menghitamkan kulit. Kehitaman kulit ini juga boleh disebabkan oleh proses penyembuhan kulit yang melibatkan pengumpulan pigmen kulit di luka tersebut.
Anda disarankan untuk menjaga kebersihan kulit anda terutamanya semasa ada luka. Sekiranya luka tersebut dijangkiti, proses penyembuhan akan dilambatkan serta dirosakan oleh kuman. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lotion untuk menjaga hydrasi kulit anda yang kering kerana kegatalan mungkin boleh disebabkan oleh kekeringan kulit.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.