meor_mal

5 tahun

Pulang dari Korea selatan - covid19

Salam. Saya baru sahaja pulang dari Korea Selatan pada 1 Mac 2020. Sampai ke hari ini, kami masih lagi sihat & tidak ada mengidap apa2 sintoms seseorang yg mengidap Covid-19.

Semasa sampai di Lapangan Terbang KLIA, saya diberi sekeping “Health Alert Card” dari staff Kementerian Kesihatan Malaysia. Kad itu mengandungi informasi tentang sintoms penghidap penyakit Covid-19 dan juga mengatakan kami hanya boleh datang ke hospital apabila kami dapat sintoms2 tersebut.

Kami juga telah menelefon Hospital Sungai Buloh & juga Hospital Kuala Lumpur kerana kami ingin mendapat khidmat pemeriksaan Covid-19. Malah, pihak hospital juga memberi tahu yang mereka tidak menawarkan apa2 khidmat untuk orang awam untuk pemeriksaan Covid-19. Mereka hanya akan layan pesakit yang mempunyai sintoms Covid-19 sahaja. Dan mereka juga memberi tahu sekiranya kami boleh membuat pemeriksaan pun, keputusan hanya akan keluar pada 4-6 hari selepas pemeriksaan.

Syarikat yg saya bekerja pula tidak menawarkan saya untuk mengambil cuti Kuarantin 14 hari. Apabila berbincang pada pihak HR, mereka mengatakan sekiranya tiada pihak doktor yang boleh mengesahkan saya diperlukan untuk dikuarantin, maka saya harus masuk ke pejabat seperti biasa.

Bagi pendapat saya, situasi saya amat rumit. Kerana setelah membuat kajian di dalam page ini, virus Covid itu hanya akan mengeluarkan sintoms pada hari ke 6-14 (kalau tak silap saya). Dan saya hanyalah baru pulang dari Korea Selatan selama 5 hari.

Apa yang saya takut, apabila saya pulang ke pejabat, sekiranya saya ni pembawa virus itu, ia akan menjejaskan semua di pejabat.

Saya buntu, pihak HR akan memberi cuti kuarantin sekiranya pihak perubatan akan mengesahkan saya utk bercuti kuarantin. Walhal, apabila saya hendak mendapatkan pemeriksaan di hospital, pun tidak dibenarkan.

Jadi, harap doktor boleh nasihatkan saya apa yg perlu saya buat. Rasanya logik kah pihak hospital boleh keluarkan surat kuarantin untuk saya?

Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Saya ambil maklum bahawa anda mempunyai masalah untuk turun bekerja kerana anda baru sahaja pulang dari South Korea tetapi anda tidak pasti bagaimana untuk mendapatkan surat kuarantin untuk diserahkan kepada pejabat anda.

Sebelum itu, biar saya terangkan mengenai tempoh pengeraman dimana jika seseorang dijangkiti, dia akan menunjukkan simptom dalam masa 14 hari ini. Oleh sebab itu, seseorang diminta untuk kuarantin selama hari ini bagi memastikan dia tidak dijangkiti.

Berbalik kepada soalan anda. Kami perlu mengetahui risiko anda. Untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 . Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori serta langkah yang sepatutnya akan diberikan mengikut kategori anda.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi menyelesaikan masalah anda.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)