
Sulit
4 tahun
Pulang dari negeri Sarawak
Hi Doktor
Saya baru pulang dari Bintulu, green zone, malam semalam. Tapi disebabkan kebimbangan majikan saya, mereka mengarahkan untuk saya melakukan swab test dan kuarantin di rumah. Adakah saya perlu menjalani test dan kuarantin 14hari di mana saya tidak mengalami gejala2 Covid-19 dan pernah melakukan swab test 1october lepas semasa ingin masuk ke negeri sarawak dan tiada result yang diberikan,kemungkinan besar negatif. Dan adakah majikan boleh menolak cuti tahunan saya jika diarahkan kuarantin di rumah?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Kami faham ini adalah arahan majikan anda yang meminta anda dikuarantinkan walaupun anda datang dari Bintulu, salah satu “green zone” di mana jumlah kes berkurangan. COVID-19 adalah penyakit yang mempunyai 14 hari tempoh inkubasi. Anda dinasihati untuk merujuk “guideline” KKM dan jika “guideline” itu sesuai dengan arahan majikan, anda perlu kuarantin di rumah selama 14 hari. Jika tidak, anda diminta untuk berbincang dengan majikan anda dan arahan majikan anda itu bergantung atas budi bicaranya.
Berkenaan cuti tahunan anda, anda juga diminta untuk berbincang hal ini kerana perkara ini bergantung pada budi bicaranya juga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat simptom di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Buat masa ini anda perlu memantau diri jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan di atas. Jika anda rasa kurang sihat anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kuarantin hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala dan lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari tempat berisiko tinggi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah. Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini