Sulit
3 tahun
Pulih dari hepatitis c kini diserang covid 19
adakah virus covid19 akan menyerang organ hati sekiranya pesakit mempunyai sejarah penyakit hepatitis c.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, virus tersebut tidak akan menyerang hati anda secara langsung. Namun begitu, bagi pesakit yang mempunyai masalah penyakit kronik atau sistem imun badan yang lemah, terdapat risiko untuk keadaan menjadi lebih melarat.
Jadi kami sarankan anda untuk memantau gejala yang anda alami dan sekiranya keadaan semakin melarat, sila hubungi pihak kesihatan dengan segera.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini