Sulit
5 tahun
Punca Allergies sinuses
Hi doctor? Saya nak tanya setiap kali saya bangun pagi belakang hidung saya mcm ada lendir yg tersekat and rasa masam. Benda tu makes me feel uncomfortable. Nak tarik dia keluar kena like suck it from inside. Idk la movement tongue tu. Lendir tu just mcm melekit and lutsinar. Tpi every morning or kena habuk, condition tu teruk jgklah. Also kalau dia sampai ke throat sakit tekak and dia turn out like clear glue like substance. Lepastu saya selalu juga rasa sakit kepala. Saya mengalami masalah sinus yang serious ke? Apa treatment yg boleh saya ambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi membuat kesimpulan. Saya kurang jelas dengan gejala yang dialami oleh anda.
Akan tetapi masalah lendir boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Masalah alergik yang serius
- Post nasal drip
Antara rawatan bagi menghilangkan lendir adalah:
- Minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak
- Kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air boleh membantu menghilangkan lendiran pada tekak ini- petua ini haruslah diamalkan tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur dan bukan sekadar sehari sahaja. Apabila menjadi amalan setiap hari, barulah lendir yang tersekat di tekak tersebut dapat dicairkan dan dikeluarkan dengan lebih mudah.
- Sekiranya masalah lendir ini wujud disebabkan oleh sebarang alergi, maka untuk merawatnya kita harus mencari punca berlakunya alergi tersebut dan memastikan kita tidak lagi terdedah kepada punca tersebut.
- Ubat-ubatan- anti histamine’ atau ‘steroids’. Namun anda harus mendapatkan nasihat dan preskripsi dari dontor untuk mendapatkan ubat ini.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.




































