
Sulit
5 tahun
Punca bintik berdarah di anggota badan selepas mandi
Hello doc, saya ingin bertanya. Apakah punca bintik merah muncul di anggota badan saya selepas mandi? Apakah penyakit saya alami? Adakah itu simptom hiv?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai sebab ruam merah boleh berlaku. Antaranya:
- Alahan
- Hama
- Gigitan serangga
- ruam akibat HIV memandangkan anda telah melakukan aktiviti yang meningkatkan risiko jangkitan.
Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan ujian tersebut sekali lagi bagi mendapatkan pengesahan sama ada anda dijangkiti virus tersebut atau sebaliknya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.